Pementasan Pentomin ‘Berduruk’ sempena Hari Gawai Dayak di Muzium Budaya Borneo Masuk percuma!
Sambutan Hari Gawai Dayak semakin hampir! Jom saksikan pementasan pentomin BEDURUK yang istimewa di Muzium Budaya Borneo, Kuching.

✨ Di bawah program Citra Malaysia: Colours of Malaysia, persembahan ini membawa gabungan muzik, tarian dan lakonan tanpa dialog yang penuh kreativiti dan emosi, dibawakan oleh Kumpulan Kesenian JKKN Sarawak.

📅 Tarikh: 21 Mei 2025 (Rabu)
🕒 Masa: 3.00 petang – 4.00 petang
📍 Tempat: Muzium Budaya Borneo, Kuching
🎟️ Kemasukan: Percuma

⚠️ Tempat duduk terhad! Datang awal supaya tidak terlepas.

📞 Untuk maklumat lanjut, hubungi Encik Fairuz anak Louis @ Gabriel di 082-422006.

Jangan lepaskan peluang merasai keunikan budaya Sarawak yang penuh makna. Bawa keluarga dan rakan-rakan! 🌺
Date: May 20, 2025
Comments (0)
Be the first to write a comment for this article.
Menu