Adakah anda salah seorang yang pernah sukar ke Lundu atau Sematan kerana tiada pengangkutan awam? Kini ada sinar harapan! π
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, YB Billy Sujang telah mencadangkan agar perkhidmatan bas dari Kuching ke Lundu dan Sematan diwujudkan semula secara tetap dan berjadual. Cadangan ini bukan sahaja penting untuk penduduk tempatan, malah mampu merancakkan sektor pelancongan di kawasan tersebut. πΏπ
π βRamai pelancong dari luar negara terpaksa batalkan niat mereka untuk ke Lundu dan Sematan kerana tiada bas awam ke sana,β katanya semasa Persidangan DUN Sarawak baru-baru ini.
Cadangan ini melibatkan dua laluan utama:
β‘οΈ Kuching β Lundu β Kuching
β‘οΈ Lundu β Sematan β Lundu
Ketiadaan bas sebelum ini menyulitkan pergerakan harian penduduk, terutama yang tidak memiliki kenderaan sendiri. π«π
π¬ YB Billy menegaskan perlunya sistem bas yang konsisten dengan tambang berpatutan agar rakyat lebih mudah bergerak.
Beliau juga merayu kepada Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin, untuk meneliti isu ini dan mengambil tindakan segera demi kesejahteraan penduduk serta pembangunan pelancongan daerah. π
π Kongsi pandangan anda! Adakah anda menyokong cadangan ini?
Comments (0)
Be the first to write a comment for this article.Write a comment