Pertubuhan Aspirasi Guru Sarawak (PAGS) bersama Malaysia Young Scientists Organization (MYSO) akan menganjurkan BIICC 2025 dari 26 hingga 30 Jun 2025 bertempat di Hotel Grand Continental, Kuching.
📅 27 Jun 2025
Acara kemuncak pertandingan akan bermula seawal 8.30 pagi, diikuti dengan Pameran Inovasi Pendidikan yang dibuka kepada orang awam mulai 2.45 petang. Jangan lepaskan peluang melihat hasil ciptaan pelajar & pendidik dari seluruh dunia!
📅 28 Jun 2025 | 7.00 malam
Jangan ketinggalan menghadiri Malam Anugerah BIICC 2025 di Dewan Majma’ Tunku Abd Halim Mu’adzam Shah, Kompleks Islam Kuching, yang bakal dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Annuar Rapaee, Timbalan Menteri MEITD Sarawak.
🎉 Dengan lebih 500 peserta fizikal dan 1,000 penyertaan dalam talian dari dalam & luar negara, BIICC 2025 merupakan antara platform inovasi pelajar TERBESAR di rantau Borneo tahun ini!
💡 BIICC 2025 mendukung usaha kerajaan Sarawak dalam memperkasa bidang STEM serta menjayakan agenda Sarawak Maju 2030 menerusi PCDS 2030.
📲 Untuk info lanjut dan aktiviti PAGS, layari: https://bio.link/pagssarawak
Comments (0)
Be the first to write a comment for this article.Write a comment