📍 FASA 2 BCCK, KUCHING 😍
Satu lagi mercu tanda ikonik bakal muncul di bumi Sarawak!

Dengan keluasan mencecah 15,000 meter persegi, Fasa 2 BCCK bakal menjadi antara bangunan kayu berlantai tunggal terbesar di dunia! 🌏🌳

Reka bentuknya telah diluluskan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Sarawak, dan yang paling menarik — kesemua elemen struktur akan menggunakan kayu kejuruteraan, termasuk rentang bebas sepanjang 42 meter!

Pembangunan ini bukan sahaja memperkasa landskap seni bina Sarawak, malah berpotensi memacu industri kayu kejuruteraan tempatan ke tahap lebih tinggi. Jika sumber kayu diperoleh dari dalam negeri, ia mampu meningkatkan sumbangan KDNK kawasan ini hampir tiga kali ganda! 💼📈

🌟 Sarawak semakin maju dengan sentuhan alam semula jadi yang lestari!

📷Diana Thia
Date: July 28, 2025
Comments (0)
Be the first to write a comment for this article.
Menu